Followers

Sunday, August 05, 2012

Juadah Berbuke Pose

Sempena Ramadhan Al Mubarak nie..ak nak share nge korang antara juadah berbuke pose yang best2 la...biar meleleh air liur korang tengok...hahahaha
jom2 kite tgok sape terliur..hehehehe


ha...ayam golek..memang bergolek la korang

murtabak

kek lapis

popia gulung

kuih lompat tikam...mati korang...haha

ni antara feveret gak nie..asam gumpal

last2...roti jala







Friday, August 03, 2012

Himpunan Ayat pedas Seorang Perempuan


(1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

(2) Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik

(3) Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat

(5) Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

hehehe...betol ke tak tu ke tnye org pompuan la ye...ni copy paste je....

Wednesday, August 01, 2012

Secebis Kisah Lama


Setiap kali kudongak kelangit
Kulihat bintang-bintang bertaburan
Bersinaran, berkelipan menghiasi malam
Awan putih bak kapas berarak perlahan-lahan 
Dalam sinaran cahaya sang rembulan 
Dipagari bintang-bintang bergermelapan
Disana wajahmu terbayang dengan senyuman yang menawan
Dengan ayunan rambutmu yang mengurai panjang
Dengan jelingan matamu yang mendebarkan
Aku kembara panjang khayalan di lautan
Tapi semua  itu sudah berlalu 
Hilang pergi bersama bayu 
Bersama kegelapan malam
Itu secebis kisah silam  
Kisah suka dan duka  
Bisa menjadi igauan dalam samudera cinta.