(1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka
betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara
jika ingin meredakan keadaan.
(2) Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak
bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan
mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit
yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah
balik
(3) Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan
cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab
tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir
dengan aman.
(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak
memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat
(5) Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak
sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar
berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir
dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
(7) Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya.
Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak
ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi,
jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan
F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh
lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
hehehe...betol ke tak tu ke tnye org pompuan la ye...ni copy paste je....
No comments:
Post a Comment