Followers

Friday, August 10, 2012

7 Strategi Memburu Lailatur Qadr


1)    Di 10 malam akhir ini, niat kita hanya satu sahaja. Semuanya adalah untuk memperolehi keredhaan Allah SWT semata-mata. Tiada yang lain. Kejernihan, keputihan dan keikhlasan kita dalam beramal adalah kunci utama kepada penerimaan amal oleh Allah SWT.

(2)    Kita semak dan tentukan siap-siap tempat untuk kita lakukan ibadah. Ramai ulama menasihatkan kita laksanakan fokus ini melalui iktikaf di masjid atau surau berhampiran dengan rumah kita. Tentukan siap-siap lokasi masjid atau surau yang menjadi pilihan kita. Kat rumah tidak boleh ka? Boleh, Cuma bimbang tidak menjadi nanti.^^

(3)    Ajak teman, sahabat atau keluarga untuk sama-sama menjayakan rancangan yang istimewa ini. Jika ada peneman, kita rasa lebih kuat, bersemangat dan terdorong untuk buat bersama. Kebersamaan ini banyak manfaat dan kebaikannya.

(4)    Jika boleh kita susun untuk bermalam di masjid atau surau pada tiap-tiap malam di penghujung 10 malam terakhir Ramadhan. Sekiranya, tidak boleh kita letak keutamaan kepada malam-malam yang ganjil. Tujuannya, agar wujudnya suasana, mode dan persekitaran kondusif untuk “bermanja-manja” dengan Allah SWT

(5)    Strategi dalam beramal tentunya harus diperhalusi dengan bijak. Kepelbagaian bentuk-bentuk amalan kerohanian akan memberikan kesan yang signifikan kepada kita. Tidak akan rasa jemu, bosan dan terbeban. Justeru, qiamullail di malam hari bukan solat semata-mata : kita boleh gandakan amalan dengan amalan seperti istighfar, zikir, membaca Al-Quran dan sebagainya.

(6)    Jika mengantuk, kita ambil wudhuk untuk menyegarkan semula badan kita. Namun, langkah terbaik kita peruntukan masa rehat dan tidur sebentar di waktu siang untuk membolehkan kita segar dan cergas di malam hari.

(7)    Kita bersiap sedia dengan zikir, doa dan hajat khusus yang telah kita rancang daripada awal. Amalkan doa-doa yang mathur ( yang diajarkan oleh Rasulullah SAW) dan hajat-hajat kita yang terbuku dihati. Luahkan, adukan dan  nyatakan dalam setiap bait-bait lantunan munajat kita di setiap tadahan tangan dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Yakin sepenuhnya bahawa Allah SWT akan mengabulkannya.

semoga menjadi renungan kita bersama........

No comments:

Post a Comment