Followers

Thursday, July 26, 2012

Jom buat kek batik!!!

Pernah makan kek batik? Buat yang sukakan coklat atau milo, semestinya akan sukakan kek batik.
Tahukah anda, kek batik  adalah kek yang paling senang untuk dibuat? Bak kata orang,  lelaki pon boleh cuba untuk buat kek ini dengan air tangan sendiri. Gerenti puas hati.



Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 paket milo (paket yang paling kecil)
1 tin susu cair (susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie (lebih sedap jika gunakan biskut marie biasa)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2. Cairkan semua bahan-bahan tersebut dengan api yang kecil
3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga pekat (dalam 15 min)
4. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan. Bila dah keras baru sedap untuk dimakan
Senang bukan? Lepas ni bolehlah anda semua mencuba kek batik ini. Buat yang tak pernah membuat kek, jadikan kek batik sebagai resipi pertama yang anda cuba. Selamat Mencuba!!!!!!!!!hehehe




Friday, July 13, 2012

Antara cerita yang ditunggu2...

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu.

Berkisar tentang Amy, bekas bohsia telah bertaubat untuk tidak mengulangi sejarah "hitam" dengan menjejakkan kakinya ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya rakan karibnya bergelumang dengan gejala haram.












Friday, July 06, 2012

Kisah Si Pemancing Ikan..


Amin berjalan di belakang ayahnya, setia mengekori setiap langkah ayahnya dengan cermat. Setelah beberapa minit berjalan kaki meredah semak-samun, akhirnya mereka tiba di tebing sungai. Pak Amat mengeluarkan joran dan umpan setelah memilih lubuk yang terbaik bagi firasatnya.

"Ayah, kenapa kita gunakan cacing sebagai umpan? Geli la Amin tengok.." Tiba-tiba Amin bersuara setelah Pak Amat mencampakkan jorannya ke dalam sungai buat kali yang pertama. Pak Amat cuma senyum memandang ke arah anaknya yang bongsu itu.

"Sebabnya, ikan yang ayah nak pancing ni, suka makan cacing. Kalau Amin nak tahu, kita tak boleh gunakan umpan yang sebarangan ketika memancing. Hanya umpan yang terbaik, akan membuahkan hasil yang terbaik.. If you want the best, you must try the best!" Begitu kata Pak Amat. Sekali sekala bercakap bahasa orang penjajah, entah anaknya yang kecil itu faham ataupun tidak dia tidak peduli.

"Amin mungkin tak suka makan cacing, tapi ikan suka makan cacing. Kadang-kala apa yang kita benci, mungkin orang lain suka. Haa.. Begitulah.." Kata Pak Amat lagi. Menjelaskan lebih terperinci agar anaknya itu lebih mengerti.
Amin mengangguk-anggukkan kepalanya. Pak Amat senyum.

Setelah lama menunggu, akhirnya jorang Pak Amat terasa bagai ditarik-tarik dari dalam air. Umpannya sudah mengena lalu Pak Amat menarik jorannya perlahan-lahan. Akhirnya seekor ikan tumpas di tangan Pak Amat. Amin melompat girang.
"Ayah, tadi kenapa bila ikan dah makan umpan. Ayah tak tarik cepat-cepat. Kenapa ayah tarik perlahan-lahan?" Tanya Amin pula sambil matanya bulat teruja melihat ikan yang dikail.
"Memang begitulah caranya memancing. Tak boleh terus sentap, kalau tidak, ikan akan terlepas.. Sia-sialah kita tak dapat apa-apa. Mula-mula kita kena ikut rentak ikan tu terlebih dahulu. Biar mulutnya betul-betul tersangkut pada mata kail. Bila ikan tu dah kepenatan, dia tak lagi meronta-ronta, senanglah kita nak angkat ke darat.." Jelas Pak Amat kepada si anak.

"Dan lagi satu, bila umpan dah mengena, mata kail dah tersangkut pada mulut ikan, kalau boleh janganlah kita lepaskan semula ikan itu ke dalam air. Ambillah dia dan simpan elok-elok. Nak goreng ke, nak masak apa pun terserah pada kita. Kalau dilepaskan semula ke dalam air, bimbang pula kalau-kalau mulut dia dah sakit, dia tak dapat nak cari makan dan akhirnya dia akan mati... Kasihanlah dia..." Sambung Pak Amat lagi..

Baik. Jadi apa pengajaran dari cerita ini....

Pertama, jika inginkan pasangan hidup yang soleh atau solehah, haruslah persiapkan diri terlebih dahulu untuk menjadi yang soleh ataupun yang solehah.

Kedua, jangan terburu-buru dalam tindakan. Harus persiapkan diri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Tahu strategi dan mempunyai perancangan yang rapi.

Ketiga, setelah memiliki hati seseorang, pegang dan jagalah ia baik-baik. Jangan kecewakannya.

Okey. Demikian kisah Pak Amat si pemancing ikan. Moga mendapat manfaat darinya, insyaAllah. Sekadar renungan bersama..